WELCOME TO PPM.UM.EDU.MY WEBSITE

Pengenalan

Perpustakaan Pengajian Melayu (PPM) terletak di kompleks Akademi Pengajian Melayu (APM). PPM dibangunkan untuk memberi sokongan kepada aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan yang dijalankan oleh pelajar, pensyarah dan penyelidik APM khususnya dan Universiti Malaya umumnya. Sejajar dengan itu, perkhidmatan dan koleksi PPM menjurus kepada bidang Pengajian Melayu seperti Bahasa Melayu, linguistik Melayu, Kesusasteraan Melayu, sosio budaya Melayu dan Kesenian Melayu.

 

Pada 13 Januari 2006 Perpustakaan Universiti Malaya telah mengambil alih sepenuhnya pengurusan dan pentadbiran PPM dan menjadi sebahagian daripada 14 buah Perpustakaan Khusus di dalam rangkaian Perpustakaan Universiti Malaya.

 

PERPUSTAKAAN PENGAJIAN MELAYU

Bangunan Akademik Pengajian Melayu

Universiti Malaya

50603 Kuala Lumpur